new years~

Sunday, July 10, 2011

JANGANLAH BERSIKAP SOMBONG~


Wahai hamba-hamba Allah yang bergelar Islam...
Janganlah kita bersikap sombong dengan apa yg Allah kurniakan..
Ingatlah Allah itu maha berkuasa dan berkehendak..
Jika dikehendakiNya, sekelip mata sahaja harta benda kita akan ditarik balik..
Sesungguhnya rezeki itu hanyalah datang daripada Allah SWT...
Janganlah kita berbangga dengan apa jua kelebihan yang kita miliki..
Itu semuanya hanyalah pinjaman sementara dr Allah,oleh itu bersyukurlah seadanya dengan nikmat Allah,
bukannya menunjuk-nunjuk dengan kelebihan kita itu...
Setelah mata tertutup rapat,tubuh dibalut rapat dengan kain putih, ketika itu yang menemani kita hanyalah tanah-tanah,cacing-cacing yang bergelumang...
Tiada lagi kemewahan yang dibawa bersama ketika itu kecuali hanyalah tiga perkara seperti yang disebut dalam hadis yang berbunyi ini ; Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadis Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


Oleh itu mari lah kita sama-sama muhasabah diri,cukupkah amalan kita selama ini?

Saya menyeru kepada semua saudara saudari, kumpul lah sebanyak mungkin amalan untuk dijadikan bekalan pada hari esok, bukannya bongkak dan berbangga dengan apa yang kita ada...
Wslm..:(

4 comments:

  1. Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yg bermaksud:

    "Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga iaitu, anak soleh yang mendoakan untuknya, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah amal jariah yang ditinggalkan."


    Semoga Allah S.W.T tetapkan iman dan hidup kita semua di landasan yang betul dan lurus dengan bimbingan serta petunjuk hidayahNya..insyaallah

    ReplyDelete