new years~

Thursday, December 1, 2011

TANDA-TANDA ANDA WAJIB KAHWIN~ ^^v


10 TANDA WAJIB KAHWIN

1. Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang.

“Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur : 32)

Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati Allah. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut.

Apabila seseorang itu berasa sunyi sekalipun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka dan lelucon itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Ini lantaran wujud ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil sebagai ‘buah hati’. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat.

Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua.” – Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa’i, at-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.

Apabila berseorangan, manusia itu mudah terdedah kepada pelbagai godaan, pemikiran tidak tangkas, akal lemah dan mudah terperangkap oleh tipu daya syaitan. Maka ketika itu, berkahwin sudah menjadi wajib bagi menyelamatkan kehidupan. Ini kerana syaitan sentiasa mendorong manusia untuk berbuat mungkar sehingga mereka terjerumus ke dalam jurang maksiat.

2. Kehidupan yang tidak terurus.

Kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan serta perintah ALLAH dengan mengikuti lunas-lunas Islam. Kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga. Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru orang seperti ini perlu dikahwinkan.Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan juga bersistematik.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sebaik-baik wanita yang menunggang unta salah satunya ialah wanita Quraisy yang solehah dan yang keduanya ialah wanita Quraisy yang berbuat baik kepada anak yatim yang masih kecil dan mengurus sendiri keperluan suaminya.” – Hadith sahih riwayat Muslim no. 4589.

3. Jiwa menjurus kepada lawan jantina

Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya ‘ya’ dan jika keadaan sudah menjadi parah, jangankan sesekali duduk berdekatan, cukuplah kalau hanya sekadar melihat wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk. Sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa.” – Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban.

“Katakanlah kepada orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka…” – Surah an-Nur: 30-31

Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadith qudsi yang menerangkan bahawa pandangan itu seperti panah beracun.
“Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaKU, maka akan AKU gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya.” – Hadith riwayat at-Tabrani dan al-Hakim.

Jika hati atau jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan jantina, maka sudah pasti mereka ini termasuk di dalam golongan yang diwajibkan berkahwin.
ALLAH berfirman:
“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.” – Surah ar-Rum: 21

4. Hilang fokus apabila wujud lawan jantina.

Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. Keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada banyak pihak. Akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun. Mereka yang mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor psikologi serta perasaan tidak stabil. Umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang. Jalan selamat dan ubat yang paling mujarab kepada masalah ini ialah dengan berkahwin.
“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya; mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ALLAH menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga ‘Adn serta keredhaan daripada ALLAH yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.” – Surah at-Taubah: 71-72

5. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.

Perasaan cemburu atau ghirah di dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah padabahagian yang halal dan diperintahkan iaitu cemburu di dalam perkara kebaikan. Kedua ialah kepada perkara haram serta dilarang iaitu cemburu yang melampaui batas dan merosakkan. Cemburu yang melampaui batas ini disebut hasad. Perasaan hasad ini mampu menghapuskan kebaikan yang ada pada diri mereka, sebagaimana api membakar kayu kering. Inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya:

“Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.” – Hadith riwayat Abu Daud.

Di dalam hadith yang lain, ada disebutkan:
“Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan. Hendaklah saling memaafkan dan jadilah kamu bersaudara.” – Hadith riwayat Muslim.

Berusaha menunaikan kewajipan perkahwinan jika sudah wujud perasaan cemburu dan tertekan apabila melihat kebahagiaan orang lain. Terutamanya ketika melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Cemburu melihat orang lain berpasangan adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan. Ketahuilah bahawa perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita berasa cemburu.

6. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak.

Ini berlaku kepada mereka yang sudah sampai seru untuk berumah tangga. Apabila perasaan keibuan atau kebapaan tumbuh di dalam sanubari, ia akan mula memainkan peranan dengan menguasai diri dan mempengaruhi segala tindak tanduk. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri. Inilah fitrah yang sudah ditetapkan oleh ALLAH.

ALLAH berfirman:
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang baik (syurga).” – Surah ali-Imran : 14

Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya. Apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. Itulah petanda bahawa sudah tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa.

7. Jatuh cinta pada seseorang.

Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian. Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. Maka,tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.

Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah ‘Ketetapan ALLAH dengan hikmah-Nya menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari yang sesuai dengannya. Secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya. Tetapi akan menjauh daripada yang berbeza dengannya.’ Inilah ketetapan ALLAH kepada semua makhluk-Nya.

ALLAH berfirman:
“DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya, DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya…” – Surah al-A’raf: 189

8. Desakan hawa nafsu

Ini selalu terjadi kepada lelaki dan wanita yang baru mencapai usia remaja. Sekiranya terdedah kepada lawan jantina, mereka akan cepat tergoda dan teruja. Bahkan, golongan dewasa yang mencapai usia pertengahan juga kerap kali mempunyai desakan ini. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor dan perkara ini perlulah diambil berat. Mereka mesti berhati-hati di dalam mengendalikan hawa nafsu tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Jalan paling selamat bagi menangani desakan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Melaluinya, desakan tersebut dapat dilangsaikan menurut tatacara Islam.

Hadith ini memiliki syahid yang diriwayatkan oleh Abu Zubair. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah S.A.W. melihat seorang wanita lalu wujud keinginan di dalam hati baginda. Lalu baginda mendatangi Zainab yang sedang membuat roti dan lantas melaksanakan hajatnya. Setelah selesai, baginda keluar dan bersabda:

“Sesungguhnya seorang wanita menghadap dengan bentuk syaitan dan mundur dengan bentuk syaitan juga. Jika ada di antara kalian melihat seorang wanita, lalu berasa ghairah, maka datangilah isterinya (salurkan kepadanya). Sebab hal itu dapat menolak penyakit yang ada dalam hatinya.” – Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Baihaqi dan Ahmad. Matan ini milik Ahmad daripada beberapa jalur yang berasal dari Abu Zubair.

Maksud ‘wanita sebagai menghadap dengan bentuk syaitan’ bukan menunjukkan satu penghinaan atau penindasan. Makna paling tepat ialah wanita itu dipergunakan oleh syaitan dengan menghiasi mereka sehingga kelihatan cantik di mata lelaki yang memandang. Hakikatnya, wanita itu biasa sahaja. Hal itu berlaku kerana syaitan menghiasi mata dengan penipuan dan godaan.

9. Beronani.

Onani atau melancap ialah perbuatan mengeluarkan air mani bukan melalui hubungan intim atau persetubuhan. Beronani adalah satu perbuatan yang dipandang sebagai dosa besar di sisi Islam.Demikian, menurut majoriti para fuqaha. Imam Syafi’e dan Imam Malik juga mengharamkan perbuatan sedemikian. Ini berdasarkan firman ALLAH S.W.T. di dalam al-Quran:

“Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampaui batas.” – Surah al-Mukminun: 5-7

“Hendaklah kamu berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal.” – Hadith riwayat al-Bukhari no. 5063, Muslim no. 3389, an-Nasa’i dan Ahmad.

Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa puasa berperanan untuk mencegah nafsu syahwat, bukannya merawat. Rawatan mujarab bagi penyakit ini hanyalah melalui perkahwinan.

10. Dorongan untuk melakukan hubungan intim.

Seseorang itu wajib berkahwin jika telah wujud di dalam jiwanya desakan untuk melakukan hubungan intim. Lelaki yang memiliki desakan nafsu yang kuat dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri pada satu masa. Ketentuan ini diperkuat lagi dengan ayat al-Quran.
ALLAH berfirman:

“…Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja…” – Surah an-Nisa’ : 3.

Itulah hikmah ALLAH memberi keizinan untuk berpoligami kepada suami yang memiliki kekuatan dan kemampuan yang ditetapkan oleh-Nya. Memiliki nafsu syahwat yang kuat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang halal dan benar. Justeru, lelaki haruslah lebih bijak dalam menangani kemampuan ini.

Sunday, November 20, 2011

♥20112011♥

Salam sejahtera...lame doh dok ngepost cnim...arini alang2 nombor comey nim,kite ngepost r kali tgk mari dop..ngeh3~~sebelum ni tarikh 11.11.11 ramai org duk wat kuor fatwa sdri....hok sedih nye nape,kepercayaan2 tu sume dtg dr kitab satan...kite sume ade kitab Al-Quran kan..cukuplah kite berpegang Al-Quran dan Sunnah..nescaya kite xakan tersesat sampai bila2...(mcm ustaz dh waser)...
kdg2 ambe tertanya2 gok bakpe org suke nombor yg comey2 nim....rupanya2 otak kiri kite mmg suke ke nombor..huhu...dan kebiasaannya org yg suka nombor ni kreatif org nye..(bkn no ekor)..hehehe...
memandangkan jam dh pukul 2.00am,jd ambe pun slow2 nk bdreaming lah pulok...sebelum tu ambe nk tggal pesan ckit ke buah hati pengarang jantung ambe 'puteh"(bkn nm sebenar)...kalau puteh bc entry ni 6t,puteh kene tau lah merah syg sgt2 kat puteh...biasa org kata kawan tu lebih penting dr kekasih,tp bg merah puteh lah kawan,teman,kekasih,tunang dan xlama lg bakal jd isteri..huhuhu...(xsabo rs nye)..
merah jji akan membahagiakan puteh selagi merah bernafas.,insyaAllah...semoga dipermudahkan segala urusan kita,dimurahkan lg rezeki,dan sentiasa diberi nur hidayah dan rahmat Allah SWT...amin....
akhir kata dr seorang ambe,muhasabah la diri kita,apakah dh cukup amalan kite tuk dibawa ke sana...perbanyakkanlah amalan2 baik insyaAllah....segala yg baik itu dtgnya dr Allah dan segala keburukan dan kedhaifan itu dtgny dr diri ambe sdri...wslm....(^_^)v

Thursday, September 8, 2011

cinta yg tiada awal dan akhirnya~



cygku~cintaku padamu tiada awal dan tiada akhirnya.....
dalam hati ni hny kamu seorang yg bertakhta..
percayalah padaku,aku akan membahagiakanmu sedaya upaya ku selagi hayat ini dikandung badan..
ku ikhlas mencintai dan menyayangimu....semoga cinta kita sampai ke syurga cyg...luv u so much!!



 indahnya cinta jika semuanya kerana ALLAH SWT~

Monday, August 1, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN~

Lapangkan dada,terima dgn terbuka kedatangan Ramadhan,jgn sesekali kite merungut bila akn pergi Ramadhan..Sesungguhnya kite adalah golongan yg paling bertuah kerana masih berpeluang bertemu dgn Ramadhan Al-Mubarak kali ini...berkesempatan ini lah sama2 kita mengambil peluang utk melipat ganda kan ibadah kite...InsyaAllah ganjaran yg maha hebat menanti kita di kemudian hari...Allah SWT tidak pernah memungkiri janjiNya dimana awalnya rahmat,pertengahannya keampunan dan pengakhirannya kebebasan drp api neraka...Sama-sama lah kite memanfaatkan peluang yg masih terbuka ini,kejarlah Lailatul Qadar di mana segala hajat akan termakbul pd malam yg mulia itu...
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA kepada semua umat Islam am nya dan semua rakan2 khasnya....semoga Ramadhan kali ini lebih baik pd sebelumnya insyaAllah~
Buat MY LOVELIA~semoga tabah menunaikan rukun Islam ke-3 ini dan semoga kamu sentiasa berada dlm keberkatanNya....Kurangkan kemahuan dan maintainkan keperluan..hihihi...En.laling syg sgt333x sama kamoo.....

Sunday, July 10, 2011

JANGANLAH BERSIKAP SOMBONG~


Wahai hamba-hamba Allah yang bergelar Islam...
Janganlah kita bersikap sombong dengan apa yg Allah kurniakan..
Ingatlah Allah itu maha berkuasa dan berkehendak..
Jika dikehendakiNya, sekelip mata sahaja harta benda kita akan ditarik balik..
Sesungguhnya rezeki itu hanyalah datang daripada Allah SWT...
Janganlah kita berbangga dengan apa jua kelebihan yang kita miliki..
Itu semuanya hanyalah pinjaman sementara dr Allah,oleh itu bersyukurlah seadanya dengan nikmat Allah,
bukannya menunjuk-nunjuk dengan kelebihan kita itu...
Setelah mata tertutup rapat,tubuh dibalut rapat dengan kain putih, ketika itu yang menemani kita hanyalah tanah-tanah,cacing-cacing yang bergelumang...
Tiada lagi kemewahan yang dibawa bersama ketika itu kecuali hanyalah tiga perkara seperti yang disebut dalam hadis yang berbunyi ini ; Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadis Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


Oleh itu mari lah kita sama-sama muhasabah diri,cukupkah amalan kita selama ini?

Saya menyeru kepada semua saudara saudari, kumpul lah sebanyak mungkin amalan untuk dijadikan bekalan pada hari esok, bukannya bongkak dan berbangga dengan apa yang kita ada...
Wslm..:(

Saturday, July 9, 2011

KEMBALI LAH KITA KEPADA ALLAH SWT~

Dimanakah hujungnya sengketa
Yang menghimpit ummat manusia di dunia
Berbunuh-bunuh karena kepentingan
Kemanusiaan terbuang

Syaitan dan nafsu tipuan duniawi
Manusia hilang suci budi
Agama sekedar melukut di pinggiran
Tuhan pencipta dilupakan

Kembali segera teman dan saudara
Serahkan jiwamu pada yang berkuasa
Hidup di dunia perlukan pimpinan-Nya
Satu-satunya syarat bahagia

Panduan Al-Qur'an dan sunnah junjungan
Kembali diagungkan penyuluh amalan
Disana menanti hidup yang hakiki
Syurga Tuhan kekal abadi

Pada Tuhan doa dan harapan
Taufiq dan hidayah moga dilimpahkan
Pohonkan berkat semuakan selamat
Bahagia dunia akhirat.

Wednesday, June 29, 2011

^_^ manisan di sebalik kepahitan *_*


SETIAP individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Berlegar dari masalah yang paling besar hinggalah masalah paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah.
Cuma masalah yang dihadapi seseorang itu berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah satu masalah. Namun, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya tetapi sebelum masalah itu selesai kita akan berasa sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan menghadapinya.
Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah masalah kemiskinan, kehilangan orang tersayang, masalah cinta, pertengkaran dengan ibu bapa dan masalah pelajaran. Masalah kecil apabila tidak ditangani dengan baik boleh membawa kepada mudarat yang amat besar.
Masalah boleh menyumbang kepada masalah lain, contohnya masalah remaja yang tidak tahan dengan leteran ibu bapanya boleh membawa remaja itu kepada masalah lepak, pergaulan bebas, dirogol, diculik dan juga mungkin dibunuh.
Masalah sebenarnya ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Manusia sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab sebagai hamba Allah apabila hidup dilimpahi kesenangan dan kemewahan.
Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh dengan keseronokan dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara itu jelas haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang dunia seperti mengambil dadah dan hanyut dengan maksiat.
Adanya ujian seperti ini, akan kembali mengingatkan kita apakah hidup selama ini mengikuti peraturan atau landasan ditetapkan Allah ataupun jauh menyimpang.
Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya.
Firman Allah yang bermaksud: “Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)
Oleh itu apabila berhadapan dengan masalah, cuba bawa bertenang, bersabar dan tetapkan dalam minda bahawa kita sedang diuji Allah, orang yang melepasi ujian itu orang yang berjaya dan mendapat kedudukan mulia di sisi Allah.
Minta pertolongan dari Allah, jangan sedih dan kecewa, luahkan masalah pada teman yang dipercayai walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang ditanggung.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan minta pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 45)

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)

Sunday, June 26, 2011

~MuQaddimah~

Assalamualaikum WBT...
Bismillahirrahmanilrahim: dengan nama ALLAH yg maha pemurah lg maha penyayang..
Alhamdulilah: segala puji hanya bg ALLAH..
Dengan limpah kurnia dan rahmat NYA, bersyukurlah kita kerana masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas dan menikmati kehidupan seharian. Alhamdulillah..
Di zaman IT yg serba canggih ini, bermacam-macam website & blog dpt kite* lihat di internet. Bukan dikalangan masyarakat antarabangsa saje*, malahan tidak terkecuali anak2 melayu kita yg semakin maju menyusur zaman.. Syabas anak melayu!!
Berkesempatan ini lah saya dengan sukacitanya cuba belajar membuat blog sendiri walaupun dok panda lasom..Dari mula2 sign up sampai la ke sign out, sumenye bahang rambang belake...ngeh3~ tp selepas mendapat tunjuk ajar sedikit sebanyak dr teman2, skrg sy dh mula pandai menghias blog walaupun cotek arek..(tahniah2)..erm..tapi kenapa saya rasa saya mcm sedang berkarangan ye?hmmm...hentam sajelah...(xsuke skima2 sgt ni)...jd sy xboh panjang cerita,sekadar ni sajalah dulu untuk muqaddimah saya dan jika ingin mengetahui lebih lanjut apakah cerita sy yg seterusnya stay tuned yerr....Sekian dari saya, yg baik itu datangnya dari ALLAH SWT dan yg buruk lg dhaif itu datangya dari diri saya sendiri., Wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum WBT....
 (mcm pidato++ je aku nim,muekekeke) (^_^)v

p/s: simpulan bahasa
cotek arek = sangat sedikit/sedikit