new years~

Wednesday, June 29, 2011

^_^ manisan di sebalik kepahitan *_*


SETIAP individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Berlegar dari masalah yang paling besar hinggalah masalah paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah.
Cuma masalah yang dihadapi seseorang itu berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah satu masalah. Namun, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya tetapi sebelum masalah itu selesai kita akan berasa sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan menghadapinya.
Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah masalah kemiskinan, kehilangan orang tersayang, masalah cinta, pertengkaran dengan ibu bapa dan masalah pelajaran. Masalah kecil apabila tidak ditangani dengan baik boleh membawa kepada mudarat yang amat besar.
Masalah boleh menyumbang kepada masalah lain, contohnya masalah remaja yang tidak tahan dengan leteran ibu bapanya boleh membawa remaja itu kepada masalah lepak, pergaulan bebas, dirogol, diculik dan juga mungkin dibunuh.
Masalah sebenarnya ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Manusia sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab sebagai hamba Allah apabila hidup dilimpahi kesenangan dan kemewahan.
Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh dengan keseronokan dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara itu jelas haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang dunia seperti mengambil dadah dan hanyut dengan maksiat.
Adanya ujian seperti ini, akan kembali mengingatkan kita apakah hidup selama ini mengikuti peraturan atau landasan ditetapkan Allah ataupun jauh menyimpang.
Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya.
Firman Allah yang bermaksud: “Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)
Oleh itu apabila berhadapan dengan masalah, cuba bawa bertenang, bersabar dan tetapkan dalam minda bahawa kita sedang diuji Allah, orang yang melepasi ujian itu orang yang berjaya dan mendapat kedudukan mulia di sisi Allah.
Minta pertolongan dari Allah, jangan sedih dan kecewa, luahkan masalah pada teman yang dipercayai walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang ditanggung.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan minta pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 45)

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)

Sunday, June 26, 2011

~MuQaddimah~

Assalamualaikum WBT...
Bismillahirrahmanilrahim: dengan nama ALLAH yg maha pemurah lg maha penyayang..
Alhamdulilah: segala puji hanya bg ALLAH..
Dengan limpah kurnia dan rahmat NYA, bersyukurlah kita kerana masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas dan menikmati kehidupan seharian. Alhamdulillah..
Di zaman IT yg serba canggih ini, bermacam-macam website & blog dpt kite* lihat di internet. Bukan dikalangan masyarakat antarabangsa saje*, malahan tidak terkecuali anak2 melayu kita yg semakin maju menyusur zaman.. Syabas anak melayu!!
Berkesempatan ini lah saya dengan sukacitanya cuba belajar membuat blog sendiri walaupun dok panda lasom..Dari mula2 sign up sampai la ke sign out, sumenye bahang rambang belake...ngeh3~ tp selepas mendapat tunjuk ajar sedikit sebanyak dr teman2, skrg sy dh mula pandai menghias blog walaupun cotek arek..(tahniah2)..erm..tapi kenapa saya rasa saya mcm sedang berkarangan ye?hmmm...hentam sajelah...(xsuke skima2 sgt ni)...jd sy xboh panjang cerita,sekadar ni sajalah dulu untuk muqaddimah saya dan jika ingin mengetahui lebih lanjut apakah cerita sy yg seterusnya stay tuned yerr....Sekian dari saya, yg baik itu datangnya dari ALLAH SWT dan yg buruk lg dhaif itu datangya dari diri saya sendiri., Wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum WBT....
 (mcm pidato++ je aku nim,muekekeke) (^_^)v

p/s: simpulan bahasa
cotek arek = sangat sedikit/sedikit